Bintang legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona terkejut dengan perkhabaran beliau akan menjadi bapa sekali lagi pada usia hampir 52 tahun, menurut doktor keluarganya, Alfredo Cahe, kelmarin.
Teman wanita Maradona yang berusia 34 tahun, Veronica Ojeda sudah disahkan mengandung lima bulan anak keempat bekas pemain bola sepak itu.
“Veronica selamba saja namun Diego terkejut kerana ia tidak dirancang pasangan itu,” kata Cahe di hospital Buenos Aires ketika bapa bekas bintang bola sepak itu dirawat kerana jangkitan pundi kencing.
Cahe menambah kandungan Veronica sihat.
Maradona, yang berusia 52 tahun pada 30 Oktober ini, mempunyai dua anak perempuan, Dalma, 25, dan Giannina, 23, menerusi perkahwinan dengan Claudia Villafane dan seorang anak lelaki, Diego Jnr, 26, yang lahir berikutan hubungan terdahulu dengan warga Itali, Claudia Sinagra ketika beliau bermain buat Napoli.
Pemain yang mengemudi Argentina menjuarai Piala Dunia 1986 dan kemudian layak ke final 1990, sudah bergelar datuk selepas Giannina berkahwin dengan penyerang Manchester City, Sergio Aguero dan dikurniakan anak lelaki, Benjamin, 3.
-AFP