Ramai rakyat Malaysia beralih dari penggunaan wang tunai kepada kad debit dengan kebanyakan dari mereka memilih keselesaan dan kebolehpercayaan yang disediakan oleh pembayaran elektronik.
Menurut syarikat pembayaran gergasi, Visa, perbelanjaan kad debit di Malaysia melonjak sejak empat tahun lalu dengan peningkatan 50 peratus tahun demi tahun, mengatasi negara jiran di Asia Tenggara.
Sementara negara mencatatkan pertumbuhan tertinggi untuk perbelanjaan kad debit di rantau ini, negara jiran yang lain kini ketinggalan di belakang Malaysia kini menerajui penggunaan pembayaran elektronik.
Peningkatan dramatik dalam penggunaan kad debit adalah satu tanda perkembangan yang dipamerkan Visa ke arah EPP4, iaitu agenda kerajaan untuk memacu negara Malaysia ke arah pembayaran elektronik dan pewujudan suatu ekosistem pembayaran bersepadu.
“Malaysia kini mengalami suatu “revolusi kad debit” dengan lebih ramai cenderung menggunakan kad debit bagi pembelian harian dan membawa jumlah wang tunai yang lebih sedikit bersama-sama mereka,” kata Stuart Tomlinson, Pengurus Negara Visa dalam satu kenyataan hari ini.
“E-dagang kini adalah antara pemacu utama bagi pertumbuhan dalam penggunaan kad debit Visa. Kami dapati terdapat peningkatan sebanyak 68 peratus perbelanjaan dalam talian dengan kad debit berbanding tahun lalu.
“Penyelidikan kami turut menunjukkan yang 80 peratus daripada responden Malaysia membeli-belah dalam talian sejak 12 bulan lepas dan keselesaan merupakan penggerak utama untuk mereka berbuat demikian,” katanya.
Tomlinson berkata, syarikat akan terus bekerjasama dengan bank di Malaysia untuk meningkatkan kesedaran berhubung pentingnya penggunaan kad debit dan mendidik pemegang kad mengenai kelebihan pembayaran elektronik.
-BERNAMA