Monday, October 01, 2012

Lelaki Gemuk Lebih Setia Dalam Percintaan


Jangan mudah merasa rendah diri jika kamu termasuk dalam kategori lelaki berbadan gemuk kerana kebanyakan lelaki yang memiliki badan agak berisi atau gemuk dikatakan lebih setia jika dibandingkan dengan lelaki berbadan kurus dan sederhana.

Lelaki Gemuk Lebih Setia Dalam Percintaan
Gambar hiasan.

Ia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah pertubuhan di Jerman.

Soal selidik tersebut yang dilakukan terhadap 1000 orang lelaki Jerman berusia antara 31-69 tahun. Setiap responden ditanyakan soalan tentang tarikan mereka terhadap seksual.

Hasilnya, didapati 23% lelaki yang termasuk dalam kategori memiliki berat badan ideal mengakui bahawa mereka tertarik untuk bersikap curang.

Sedangkan lelaki dalam kategori berat badan berlebihan hanya 11% yang tertarik untuk bersikap curang terhadap pasangan mereka.

Manakala, 19% lelaki yang memiliki berat badan kurang atau terlebih kurus akan bersikap curang terhadap pasangannya.

Justeru itu, para penyelidik membuat kesimpulan bahawa lelaki gemuk apabila jatuh cinta, akan lebih memilih untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dan bersedia memberi komitmen jika dibandingkan untuk mencari bersikap curang.

BACA INI JUGA: Kepada Wanita, Jangan Luahkan Ini Kepada Lelaki!

Sumber: Blogbisu

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon