Monday, October 15, 2012

Kerajaan Britain Intip Pengguna Facebook!


Syarikat laman carian, Google, laman sosial Facebook dan Twitter sepakat menentang rancangan kerajaan Britian untuk meluluskan undang-undang bagi mengintip setiap emel dan laman web yang dilayari rakyat di negara ini.


Ketiga-tiga firma gergasi itu turut mengancam untuk menyekat sistem yang dikenali sebagai Piagam Intipan itu, satu sistem penyimpanan semua data pengguna selama setahun yang membolehkan agensi-agensi keselamatan, polis dan majlis perbandaran menggunakan maklumat tersebut.

Pengarah kumpulan hak kebebasan awam Big Brother, Nick Pickles berkata, rancangan Jabatan Dalam Negeri itu akan mewujudkan sebuah negara yang sentiasa dipantau dan tindakan kerajaan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

Namun, pihak keselamatan dan agensi perisikan Britain mendakwa, mereka mempunyai kuasa mutlak untuk menyiasat aktiviti jenayah dan melindungi kepentingan negara.

Jabatan Dalam Negeri berkata, pihaknya berharap kesemua syarikat besar komunikasi dapat melaksanakan tanggungjawab mereka untuk membantu melaksanakan undang-undang dengan lebih serius.

Satu jawatankuasa khas yang melibatkan beberapa ahli Parlimen mendedahkan kenyataan ketiga-tiga firma Internet tersebut yang membantah pelaksanaan Undang-Undang Komunikasi Maklumat itu.

Dalam kenyataan itu, pengarah syarikat Google, Facebook dan Twitter mendakwa undang-undang itu akan mengganggu maklumat peribadi pengguna dan membenarkan perbuatan mengintip ke atas rakyat Britain.

Pengarah Facebook, Simon Milner berkata, tindakan kerajaan itu tidak ubah seperti menggunakan 'tukul untuk memecahkan kacang' dan beliau turut bimbang rekod buruk yang dipamerkan di beberapa negara lain yang melanggar hak asasi manusia dalam mendapatkan maklumat.

Katanya, Facebook mungkin membawa kes tersebut ke mahkmah untuk menghalang pelaksanaan undang-undang baru itu.

Pegawai eksekutif Google dan Twitter berkata, mereka mungkin tidak membenarkan sebarang data sulit pengguna didedahkan, sekiranya kerajaan Britain mencari maklumat yang diperlukan melalui pihak ketiga seperti syarikat telekomunikasi BT.

-AGENSI

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon