Saturday, October 20, 2012

Kamal Adli Dituduh Hanya Permainkan Perasaan Intan!


Penerbit David Teo sempat mengusik salah seorang pelakon ‘PE3’, Kamal Adli mengenai bilakah pelakon itu mahu mengikut jejak Farid untuk menamatkan zaman bujangnya dengan kekasihnya, Intan Ladyana, baru-baru ini.


Menjawab usikan penerbit Metrowealth itu, Kamal memberitahu, “Semua orang selalu bertanyakan hal yang sama dan saya pun dah tak larat nak jawab mengenai perkara ini.

“Saya harap orang sekeliling faham dengan situasi saya sekarang.

“Saya baru saja sebelah tapak nak kuat dan saya masih ada matlamat untuk disasarkan dalam bidang seni ini,” katanya yang dipetik melalui portal Gua.com.my, di sini, semalam.

Tambahnya, dia bukan takut dengan komitmen, tetapi mahu fokus dengan kerjaya seni terlebih dulu.

Sebelum ini, pelakon drama ‘Bionik’ ini juga pernah dituduh curang terhadap Intan apabila dikaitkan dengan pelakon Indonesia, Olivia Jensen.

Mengulas mengenai dakwaan kononnya dia hanya mahu mempermainkan perasaan Intan dengan menangguhkan hubungan mereka terlalu lama, Kamal memberitahu di sememangnya tidak main-main.

“Saya tak main-mainkan dia jauh sekali berlaku curang terhadap Intan. Saya berpegang kepada kata-kata saya cuma tunggu sikit masa saja lagi.

“Kami memang ada berbincang mengenai isu ini dan Intan sendiri faham dengan situasi saya.

“InsyaAllah, saya sasar dalam setahun dua lagi,” katanya.

-Gua.com.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon