Saturday, October 13, 2012

Justin Bieber Risau Komputer Kena Curi


Penyanyi Justin Bieber kehilangan beberapa barang miliknya, dipercayai dicuri ketika membuat persembahan di Washington, Selasa lalu.


Bintang pop itu menghantar mesej kepada lebih 28 juta peminat di laman Twitter miliknya, semalam.

Bieber menulis bahawa beberapa barang miliknya dan pengurus pelancongnya dicuri pada hari persembahan.

Penyanyi ‘Baby’ itu menjadi mangsa kecurian dalam satu persembahan di Tacoma Dome.

Namun, Bieber tidak menyatakan senarai barangan yang telah dicuri tetapi ada menyebut komputer dan kamera antara yang hilang.

Tambahnya, perkara yang paling mengganggunya adalah barang yang hilang itu memiliki banyak rakaman peribadi.

Selain itu, Bieber juga mengatakan dalam mesej Twitter itu bahawa setiap orang perlu menghormati barang orang lain.

Jurucakap polis, Tokohama berkata, tiada siasatan dijalankan kerana belum ada laporan polis.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon