Pelakon remaja Erin Malek mengakui peningkatan usianya yang kini mencecah 18 tahun menjadikan dia semakin matang dalam menghadapi konflik keluarga yang pernah berlaku sebelum ini.
Erin atau nama sebenarnya Nur’Arina Abdul Malek berkata, dia kini kembali tenteram selepas hampir dua tahun kontroversi yang mendakwa bapanya, seorang jurukamera Malek Marwi, 36, menjalin hubungan dengan aktres Fiza (Elite) sehingga menyebabkan perceraian ibu bapanya.
“Ketika konflik keluarga berlaku pada dua tahun lalu, saya masih di bangku sekolah dan tekanannya amat berat buat saya.
“Saya akui pernah melakukan beberapa kesilapan kerana tertekan. Alhamdulillah, keadaan saya semakin stabil dan tenteram, mungkin kerana saya semakin meningkat dewasa.
“Keadaan kami sekeluarga juga semakin baik berbanding sebelum ini,” katanya.
Aktres Tentang Bulan ini berkata, pada waktu ini dia mahu memulakan semula kerjaya lakonannya yang tertangguh hampir dua tahun kerana bersekolah.
“Sebelum ini saya sibuk sebagai pelajar sekolah. Saya cuba menjalani kehidupan remaja normal tanpa ada limpahan publisiti.
-Mstar
Wajah terbaru Erin ketika berada di lokasi
penggambaran filem Lari di Perlis, baru-baru ini.