Sunday, October 14, 2012

Demi Moore Benci Mila Kunis!


Dulu selebriti ini digelar pasangan paling sesuai dan romatik sekali sehingga ramai peminat susah mahu melupakan hubungan mereka berdua ini.


Tapi kini nampaknya bukan peminat saja yang ‘frust’ kerana mereka sudah berpisah, tapi aktres Demi Moore juga ternyata belum hilang memorinya bersama bekas suami, Ashton Kutcher.

Antara contoh yang membuatkan Demi Moore tidak dapat melupakan Ashton adalah apabila dia sangat cemburu melihat kemesraan aktor tersebut bersama wanita paling seksi di dunia iaitu Mila Kunis.

Menurut laporan US Weekly, salah satu sumber mengatakan Demi agak sensitif dan sedih apabila melihat orang yang disayanginya itu mempunyai kekasih lain.

“Memang menyakitkan hati melihat orang yang pernah bersamanya dahulu mencintai wanita lain. Demi tidak sanggup melalui perkara itu,” kata sumber.

Sementara itu, pada November 2011, Demi dan Ashton telah mengumumkan perpisahan mereka.

Namun begitu proses penceraian masih belum berakhir.

Mungkinkah masih ada harapan untuk pasangan ini berbaik semula? Tengok saja macam mana nanti.

-Mynewshub.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon