Sunday, October 14, 2012

Christina Aguilera Tanpa Seurat Benang Kulit Album Terbaru!


Sejak mengeluarkan album Dirrty pada 2002, banyak perubahan yang boleh dilihat pada penyanyi berusia 31 tahun ini iaitu Cristina Aguilera.


Daripada imej seksi dan nakal, dia berubah perlahan-lahan demi untuk memastikan kerjaya seninya kekal tanpa kotroversi panas.

Tetapi yang terbaru, tidak tahulah penulis nak kata sama ada Christina ini betul sudah berubah atau tidak.

Ini kerana pada kulit album terbarunya berjudul Lotus, dia dikatakan bergambar bogel tanpa seurat benang!

Pendedahan itu dilakukannya sendiri menerusi Twitter dengan menunjukkan gambar penghias kulit albumnya.

Dalam gambar itu, Christina sedang berdiri tegak diatas sekuntum bunga Lotus sambil mendepakan tangan.

Rambutnya yang bewarna putih dibiarkan lepas dan menutupi sebahagian dada.

Menurutnya, gambar berbogel yang digunakan itu amat bersesuaian dengan idea album terbarunya yang mengetengahkan konsep kelahiran semula.

Walaupun begitu tapi perlu ke berbogel? Mungkin dari pandangan Christina ia nampak seperti sebahagian daripada seni agaknya.

-Mynewshub.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon